Assalamualaikum, In sha Allah harini saya sambung semula sedikit lagi bahagian dari apa yang saya perolehi dalam seminar Labur Saham Haji Asri Ahmad semalam.
saya mulakan dengan menyambung tentang
Semalam ada beberapa jenis saham yang disyorkan oleh Haji Asri untuk kita ambil peluang invest dalam syarikat tersebut dalam artikel saya semalam juga saya ada sertakan laman web dimana anda boleh study dan lihat siapakah yang melabur didalam syarikat tersebut, siapakah pemegang sahamnya, siapakah barisan-barisan pengurus syarikat, berapa cashflow yang mereka ada, adakah keuntungan syarikat setiap tahun adalah positif dan sentiasa meningkat? Haji Asri beri amaran jangan beli saham yang dibawah 0.30Sen seunit kerana saham seperti itu bakal meleburkan duit pelaburan anda. Sebelum melabur anda kena faham Profit and Loss, Balance Sheet dan cash flow syarikat tersebut anda juga kena rujuk dan faham semula Formula 7 RM dalam artikel semalam iaitu secara ringkasnya
saya mulakan dengan menyambung tentang
5 Prinsip Kewangan
- Wealth Creation - dari mana sumber kekayaan/pendapatan anda ni dikumpul dari bekerja atau berniaga?
- Wealth Management - adakah anda seorang yang menabung dahulu baru belanja atau anda tidak mempunyai simpanan pun? sebelum melabur di bursa saham anda harus menjadi seorang yang menguruskan wang anda dengan bijak.
- Wealth Protection - Penting anda sudah mempunyai takaful atau medical card.
- Wealth Investment- bila 3 perkara diatas anda sudah bagus barulah anda boleh menggandakan lagi kekayaan anda dengan pelaburan,melaburkan wang simpanan lebihan anda ke tempat-tempat yang boleh memberi anda potensi untuk menerima keuntungan yang lebih tinggi bersesuai dengan financial plan anda.
- Wealth Distribution - Bayar zakat, sedekah, infaq, hibah & wasiat.
Formula 7 RM (7 Formula Road to Million)
- Right Mindset
- Right Market
- Right Meaning/Moat
- Right Management
- Right Market Price
- Right Moment
- Right Money Management
antara lubuk-lubuk saham yang berpontensi boleh memberi peluang pelaburan yang baik di BURSA MALAYSIA adalah seperti NESTLE, DUTCH LADY, SPEEDMART, TOP GLOVE, PADINI, INARI, MYEG, TNB, AIR ASIA dan lain-lain (Secara logiknya perniagaan-perniagaan ini adalah perniagaan yang agak biasa dengan kita dan masyarakat kan.. jadi ia lebih mudah untuk kita faham tentang krisis pasaran tersebut itu nanti dan mudah untuk kita bertindak dengan bijak dalam mengekalkan pemilikan saham atau menjual pada satu tempoh yang sepatutnya ) jika PASARAN NEW YORK APPLE , FACEBOOK, AMAZON DAN LAIN-LAIN (company-company ini mencatat kenaikkan harga saham yang melambung tinggi).
Beli surat khabar ,THE Edge, The Star, NST terutama pada setiap hari sabtu untuk baca isu berkaitan ekonomi dan saham sebab hari sabtu ulasan dan informasinya adalah lebih banyak.
kenapa jangan beli saham yang dibawah 0.30sen? ya ia murah tapi jangan buang duit anda dalam "market" lebih baik buang duit pada bayar zakat... buat market plan yang betul dan berhati-hatilah jika graft sahamnya adalah sentiasa downtrend (iaitu menurun) apabila pemilik saham terbesar bertindak untuk menarik diri dari memengang saham itu anda jangan jadi hero untuk beli saham itu pula...there must have something wrong...ingat saham itu boleh dikeluarkan dari senarai Bursa Saham dan semua duit yang dilaburkan didalam saham tersebut akan habis terkubur bersama. (Memang ada saham oil & gas yang terkenal di Malaysia yang nilainya sekarang adalah 0.30sen tapi sila jangan ambil risiko)
Sebelum Invest dalam market tu check:-
- ADAKAH IA PERNIAGAAN YANG BAGUS?
- ADAKAH PENGURUSAN PERNIAGAAN ITU DARI ORANG YANG BAGUS-BAGUS?
- ADAKAH IA BERADA DIPASARAN YANG BAGUS?
anda boleh buat semua kajian diatas dilaman web http://www.bursamarketplace.com/
JANGAN INVEST KAT SYARIKAT YANG RUGI! BELI SAHAM YANG ADA "VALUE".
dalam kelas semalam Haji Asri ada tunjukkan secara live cara beli dan jual saham, live juga cara beliau buat analisis graft saham bersama anak didik beliau yang proven success...jadi kalau nak lebih faham..lebih nampak...anda memang kena masuk sendiri kelas beliau..tak mahal hanya RM100 untuk dua orang...berbanding satu lagi cabang ilmu yang kita dapat untuk hidup ni...untuk kita rancangkan masa depan generasi kita nanti..ilmu yang beliau kongsikan lebih berharga dari RM50 tu...
suami saya excited nak masuk kelas advance 3 hari beliau yang bernilai RM10,000 tapi saya rasa belum masanya...kembali semula pada prinsip kewangan , duit simpanan yang kami ada sekarang adalah duit untuk kami masuk rumah baru kami nanti...apa yang boleh kami lakukan sekarang ini apabila dah tahu serba sedikit tentang ilmu ini adalah mulakan tindakan untuk menyimpan, mulakan tindakan yang lebih kuat untuk berusaha dalam mengembangkan lagi perniagaan kecilan yang baru kami bina sebulan yang lalu iaitu Madu Sidr Yaman, atas jenama Exclusive Honey...dari hasil-hasil yang ada nanti barulah asingkan khas duit simpanan untuk dijadikan modal pelaburan....sekarang ini saya dan suami sama-sama mempunyai akaun Unit Trust dan ASB untuk persediaan persaraan beza akaun saham ini diuruskan oleh fund manager yang diiktiraf..tapi bila dah tau tentang cara invest sendiri di bursa saham Malaysia in sha Allah kami akan kumpul duit dan masuk belajar dalam kelas advance beliau nanti dan jadi salah satu pemegang unit-unit saham terbaik kat Malaysia mahupun Pasaran New York bukan kami jer yang boleh mulakan impian dan cita-cita ni semua yang dah tau tentang ni pun boleh mulakan tindakan...1 lot saham sekarang hanyalah 100 unit berbanding dulu 1 lot ,1000 unit..... apa salahnya dengan ilmu saham ini kita usahakan untuk gandakan wang kita untuk persediaan bayaran pendidikan anak-anak kita demi masa depan dan impian mereka tak perlu nak berharap pada pinjaman dan persaingan.....saya doakan semua yang membaca perkongsiaan saya ini mendapat manfaat dan diberikan rezeki yang barakah dan melimpah ruah. Kekayaan dan kebahagian dunia dan akhirat. Amin amin amin yarabal'alamin.
saya akhiri dengan petikan hadis ini :
وعن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " الكلمة الحكمة ضالة الحكيم فحيث وجدها فهو أحق بها " .
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalimah yang mempunyai hikmah adalah sesuatu yang hilang daripada orang yang bijaksana[1], di mana sahaja dia mendapatinya maka dialah yang lebih berhak dengannya”.[2]
Maksud sesuatu yang hilang dari orang yang bijaksana dan di dalam riwayat yang lain dari orang yang beriman ialah sesuatu yang sentiasa dicari dan dituntut olehnya dan bila ia mendapatinya daripada sesiapa sekalipun maka dialah orang paling layak memperolehinya sama ada dengan maksud untuk mengikuti atau mengamalkannya. Orang yang bijaksana di sisi agama dan beriman sudah semestinya menilai al-kalimah al-hikmah yang terkandung di dalamnya kebenaran di sisi agama dan ia tetap menerima di mana sahaja atau daripada sesiapapun.
Semoga kita sama-sama faham bahawa ilmu ini adalah hikmah yang perlu dicari oleh setiap orang mukmin. In Sha Allah.
KLIK
salam akak, seminar saham hj asri ni boleh percaya ke? saya ada dengar org kena tipu dengan kelas The Protege yg dia buat, dia tak ajar detail cara trade saham cuma ajar asas je. Betul ke?
ReplyDeleteCuba adik try tengok kat sini:
Deletehttps://www.emragecapital.com/workshop-intensive-saham-kl/
Waalaikumsalam, oh akak xjoin the protege...tp kawan akak masuk ada je dia ajar details untuk baca graft chart saham tu dan akan ada group telegram khas untuk ahli rasanya......ada salah faham kot....kalau seminar labur saham ni yes...basic....tp The Protege should be advance.
ReplyDeleteAssalamualaikum....saya pernah juga join seminar labur saham hj Asri Ahmad Feb 2020 di Shah Alam utk 2hari. Bagi saya, ia bukan basic ttp hanya pengenalan sahaja. Jadi utk RM888 utk dua hari pengenalan Saham adalah suatu pembaziran. Ade banyak lagi alternative yg available yg jauh lagi murah drpd program anjuran Asri Ahmad Academy ini. Itu pendapat ikhlas saya sekadar perkongsian.
ReplyDeletebetul, sekarang pd tahun 2020 ni kita dah ada banyak sifu2 saham...
Deletedah boleh pilih.....All d best utk semua.Semoga kita semua berjaya dan dijauhkan dari rugi yang sia2.amin.