"Nak buka akaun saham cuma memerlukan RM10.60 sen, 7 Salinan IC dan 3 Salinan penyata bank
boleh buka akaun CDS kat mana-mana bank..hanya RM10.60 sen je der...ko dok KL dah 40thn tapi akaun saham Bursa Malaysia belum ada apa cerita?"
boleh buka akaun CDS kat mana-mana bank..hanya RM10.60 sen je der...ko dok KL dah 40thn tapi akaun saham Bursa Malaysia belum ada apa cerita?"
huhuhu terbakor kena bakor dengan Haji Asri...tapi saya baru 30thn ...tapi ada trainer dia umur 21tahun pun dah jadi Pelabur Bursa Saham so satu bukaan minda untuk saya..:)
Assalamualaikum wbt , harini seawal pukul 7.30 pagi saya dan suami berkorban untuk keluar rumah meninggalkan sepasang buah hati kesayangan kami bersama ibu saya demi untuk mencari sedikit ilmu mengenai pelaburan saham di Menara PGRM bersama Asri Ahmad Academy. Kenapa ya hari ahad orang duduk dirumah relaks-relaks tapi saya dan suami harini keluar rumah pagi-pagi nak cari ilmu? bak kata Ustaz Norhisham ïlmu ni ibarat barang yang hilang dari orang mukmin dan bak kata Azizan Osman "When you stop learning you stop growing"sementara ada peluang ada rezeki tak rugi invest dalam mencari ilmu-ilmu ni....Sebenarnya Haji Asri ni saya dah kenal sejak tahun 2013 masa saya menyertai seminar IMKK Azizan Osman dia antara peserta hot seat pada ketika itu yang berkongsi pengalaman kejayaannya. So basically saya agak mengenali Haji Asri ni macam mana dia boleh terjebak buat seminar ni memang berbeza Haji Asri saya kenal tahun 2018 ni dengan tahun 2013 masa tu dia masih malu-malu lagi hahahaha tapi sekarang ni dia dan Azizan Osman macam dah sama level dah tahap confident bagi ayat-ayat sentap...but its good..untuk sedarkan manusia-manusia yang tak sedar-sedar diri macam kami ni...hehehe but at least kami dah dalam kelas dia okey..hehehehhe....apa yang i ingat Azizan Osman yang buat Haji Asri ni terpaksa buat apa yang dia buat sekarang ni..dengan berkata "Berdosa Haji you ada ilmu saham...tapi you tak bantu untuk kongsikan dengan orang ramai...cuba check berapa ramai orang melayu kat luar sana yang pandai buat duit dengan saham atau dah berapa ramai orang kat luar sana yang you dah bantu dengan ilmu yang u ada untuk bantu hidup mereka? berdosa tau ada ilmu tak kongsikan nanti jawablah kat akhirat" . Takut kan? berat tanggungjawab orang ada ilmu ini.
Syukur alhamdulillah jadual saya juga sebenarnya agak padat but Alhamdulillah diberi rezeki untuk berada dalam kelas Haji Asri pada harini. Saya ambil peluang untuk belajar dan kongsikan apa yang saya dapat didalam kelas beliau hari ini moga manfaat ini berpanjangan tak lah terperap dalam diri saya sahaja walau saya ni bukanlah seorang penulis professional tapi saya cuba untuk berkongsi apa yang saya belajar hari ini. Yang pertama Haji Asri kongsikan statistik rakyat Malaysia yang berjumlah 32juta 70% adalah bumiputera dan 30 % adalah bukan bumiputera tapi kan dari segi statistik pelabur saham di Bursa Malaysia statistik ini terbalik 70% yang banyak invest dalam Bursa Malaysia ialah bukan bumiputera dan hanya 30% sahaja pelabur adalah bumiputera jadi bertapa ruginya rakyat bumiputera tak ambil peluang untuk belajar dan miliki saham di Bursa Malaysia, tanahair negara tercinta sendiri.
3 perkara yang Haji Asri ingatkan kepada semua peserta 3 jenis janji ini adalah skim cepat kaya yang hanya akan menyebabkan pelaburan anda menjadi lebur.
1. Individu atau Syarikat tidak dibenarkan mengambil wang atau deposit dari pelabur masuk ke dalam akaun mereka.
2. Pelaburan yang memberi jaminan "gerenti untung" dapat pulangan duit bulan-bulan secara tetap adalah scam! kerana saham adalah sebuah pemilikkan perniagaan dimana didalam perniagaan mestilah mempunyai untung dan rugi yang tidak boleh dijangka.Duit bukan untuk diperjudikan jangan salah konsep.Bursa saham ada perniagaan, ada komiditi kita membeli saham perniagaan yang jelas patuh syariah bersesuaian dengan prinsip kewangan islam.
3. Mempunyai tempoh matang, bila sampai tempoh matang baru boleh ambil keuntungan itu adalah tipu kerana Bursa saham sebenar tiada tempoh matang anda boleh beli dan jual bila-bila masa.
Jangan invest saham guna duit simpanan untuk sara hidup makan keluarga kita atau dengan membuat pinjaman...make sure nak invest memang kena ada tabungan khas yang bila kita invest dalam perlaburan saham dan bila saham tu rugi kita takkan bunuh diri...duit tu memang disediakan untuk dilaburkan.. pasaran saham Bursa Malaysia ke New York ke akan ada untung dan rugi tapi in sha Allah dengan Ilmu akan bantu kita menjadi pelabur yang bijak..
Prinsip Labur Saham
2 T
Time + Type of Investment
2R
Risk + Reward
Formula 7 RM ( 7 Formula Road to Millionare)
1. Right Mindset
Tanya diri anda kenapa anda hendak melabur didalam Bursa saham, adakah untuk kumpul duit jadi kaya, kumpul duit untuk wang pendidikan masa depan anak-anak, wang pencen, untuk memberi lebih banyak sumbangan pada agama dan masyarakat, untuk menjadi penyumbang zakat terbesar atau kerana Allah swt? Haji asri tekankan buatlah semua ini kerana Allah taala kerana dialah yang maha kaya..dialah pemilik alam semesta dialah yang boleh memberi kekayaan dan menarik kekayaan..gunakan kekayaan untuk kembali menyumbang ke jalan agama dia..Haji Asri tekankan setiap kali untung saham tolak siap-siap 2.5% untuk bayar zakat , untuk pengetahuan u all hasil saham tidak dikenakan cukai...tetapi bayarlah zakat..supaya kekayaan itu ada keberkatannya beliau juga menjemput Ustaz Husni biasa keluar di TV juga ustaz juga menyentuh jiwa kami dengan video khas tentang kebaikkan menyumbang kita tidak tahu bila apa yang kita sumbangkan itu suatu hari nanti akan berbalik dalam membantu kehidupan generasi kita atau masyarakat akan datang...kerana dengan sumbang zakat kita ada bahagian yang digunakan untuk membantu membayar yuran pendidikan pelajaran anak-anak orang miskin, membeli keperluan makanan keluarga miskin dan lain-lain yang pahalanya akan dibawa apabila kita meninggalkan dunia ini..kekayaan harta benda hanya didunia tak boleh bawa masuk liang lahat teman kita dalam kubur pun....ada kereta vellfire pun bukan kereta tu yang akan bawa jenazah kita ke kubur tapi van jenazah yang akan bawa kita ke kubur.
2. Right Market
Bursa Malaysia ini macam pasar, Haji Asri bagi perumpamaan kalau kita biasa pergi pasar borong contoh pasar borong selayang kita akan kenal dan tahu kat mana nak cari ikan,ayam, ketam dan sayur yang fresh atau yang murah...tapi kalau kita tak pernah pergi pasar tu kita akan ambil masa untuk kenali kawasan pasar tu akan ambil masa nak tau kat mana orang jual ikan, jual ayam dan jual sayur.Bila musim laut bergelora harga ikan akan mahal sebab sumber bekalan kurang permintaan tinggi harga ikan jadi mahal..macam tu juga dengan saham kena faham krisis pasaran dan pilih pasaran yang betul sebelum nak invest.
3. Right Meaning/Moat
Invest atau cari syarikat yang ada kaitan dalam hidup kita, contoh cari saham yang kita faham seperti Nestle..kita dah biasa minum milo dari darjah satu..lori milo tu dah datang bagi kita minum sejak kita darjah satu walau orang kata milo tak bagus dan whatever tapi tak effect sangat sebab orang dah lama consume dan masih hidup..hehehe produk Nestle juga ada Maggi yang boleh dikatakan semua orang suka makan maggi so senang kita nak faham market tu, sama juga macam Air Asia ramai orang sekarang boleh terbang dengan Air Asia Everyone can fly..dan memang air asia is making profit..TNB pun sama yang memang tarif letrik naik ke turun ke kita tetap kena bayar bil letrik tu..so kalau bil letrik tu naik kalau kita salah seorang pemengang saham taklah merungut sangat kan??hehehe sebab kita ada saham dalam perniagaan tersebut. Haji bagi contoh nilai saham Nestle dan Air Asia.
Nestle
Jan 2018 RM96.00 Seunit
March 2018 RM160 Seunit naik 60% dalam 2 bulan...
Air Asia 2013 RM0.70 sen seunit 2018 RM4.50 Seunit (dekat 600% kenaikkan saham ni)
kalau simpan dalam buku biru 7% je setahun....tapi still ada profit juga jangan tak simpan langsung...
Bursa Malaysia ada 922 Syarikat tapi 686 Syarikat adalah patuh Syariah.
Malaysia panggil Jack Ma untuk buat based Ali Baba kat Malaysia
so ini peluang untuk saham-saham teknologi dan syarikat-syarikat courier berkembang dan ada good market soon.Carilah syarikat-syarikat yang berkenaan.
4. Righ Management
Kena kenal siapa CEO, Director, Pemegang saham terbesar syarikat tu. Kena kaji siapa orang yang urus syarikat tu bagus ke tak bagus. Pilih syarikat yang management team dia bagus in sha Allah syarikat tu buat untung.
5. Right Market Place
Kenali Pasaran, adakah situasi pasaran akan menjejaskan perniagaan?
6. Right Moment
Beli saham yang Uptrend
jangan beli saham yang downtrend or sideway!
7. Right Money Management
Buat Journal, urus kewangan dengan baik.
agak panjang juga saya nak menulis semua yang saya dapat hari ni dalam seminar sehari beliau...kalau ada orang yang berminat nak tahu lebih lanjut in sha Allah esok saya sambung...
sementara tu anda boleh buat kajian sendiri kat laman web http://www.bursamarketplace.com/
kat website diatas cuba search syarikat yang making profit sekarang ni macam top glove..
boleh check siapa pemilik-pemilik saham dia..EPF kita pun ada dalam tu...kalau pergi kat FINANCIAL anda boleh check cashflow syarikat tu jugak.nak check syarikat yang sedang rugi pun boleh ..cuba lah check industri oil & gas.
Last but not least
Jaga 6 Perkara ni pesan Haji Asri untuk jadi orang yang berjaya
1. Syukur
2. Solat
Lakukan solat 2 rakaat sebelum subuh Solat Sunat Fajr
dan 2 rakaat solat Dhuha jangan abaikan.
3. Selawat 1000x sehari
4. Jangan Tinggal Sedekah.
5.Bersangka Baik
6. Jangan putuskan silaturahim, putuskan silaturahim putuslah rezeki dan rahmat Allah.
in sha Allah saya akan sambung apa yang saya belajar dalam kelas beliau esok...
1. Syukur
2. Solat
Lakukan solat 2 rakaat sebelum subuh Solat Sunat Fajr
dan 2 rakaat solat Dhuha jangan abaikan.
3. Selawat 1000x sehari
4. Jangan Tinggal Sedekah.
5.Bersangka Baik
6. Jangan putuskan silaturahim, putuskan silaturahim putuslah rezeki dan rahmat Allah.
in sha Allah saya akan sambung apa yang saya belajar dalam kelas beliau esok...
www.exclusivehoney.com
Terima kasih atas perkongsian puan.
ReplyDeleteSama-sama :)
DeleteTerima kasih Puan, perkongsiannya 👍
ReplyDeleteterima kasih perkongsian..
ReplyDeletePuan mcm mana sy nk join
ReplyDeleteTerima ksih atas perkongsian
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletefacebook,com
ReplyDelete